11/25/2019

Iman Sudah Tiada. Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus di Malaysia


Iman Sudah Tiada. Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus di Malaysia!

Iman Sudah Tiada. Badak Sumbu Sumatera Kini Pupus di Malaysia


Sesuatu yang mendukacitakan. Kini tiada lagi badak sumbu Sumatera di Malaysia selepas berita mengenai kematian badak betina terakhir bernama Iman mula tular di media massa pada Sabtu lepas.

Menurut laporan Berita Harian,

Kota Kinabalu: Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir selepas ‘Iman’ disahkan mati pada jam 5.35 petang tadi di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu.

Mengumumkan kematian badak betina berusia 25 tahun itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata, kematian Iman adalah secara alami dan dikategorikan sebagai mati mengejut.

“Walaupun kami tahu ia akan berlaku namun tidak menyangka berlaku dengan begini cepat dan kami sangat sedih dengan berita ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Christina berkata, Iman diberi penjagaan dan perhatian yang terbaik sejak Mac 2014 sehingga ia sembuh. Iman sebenarnya hampir mati apabila beberapa kali kehilangan banyak darah akibat ketumbuhan atau tumor pada uterusnya beberapa tahun lalu.

“Pasukan di Tabin memberikan sokongan sepenuhnya dan berjaya memulihkan tahap kesihatannya dan menghasilkan sel telur,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, berkata kematian Iman berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan.

“Tetapi kami tahu Iman mula mengalami kesakitan akibat tekanan yang semakin bertambah pada tumor di pundi kencingnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Iman yang berusia 25 tahun semakin tenat dan menyebabkan proses pengambilan telur untuk pembiakan secara in-vitro (IVF) sukar dilakukan.

Sebelum ini terdapat satu lagi spesis badak sumbu iaitu badak sumbu Jawa yang juga telah disahkan pupus di Malaysia pada 2017.

Selain badak sumbu, haiwan seperti Harimau Malaya, Tenuk Malaysia, Gajah Borneo, Tenggiling, Monyet Belanda dan beberapa lagi spesis haiwan liar turut diancam kepupusan.


Kronologi 3 badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.


Kronologi 3 badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.


Subscribe via Email

Don't Miss Any Updates, Stay Connected!


0 ulasan:

Catat Ulasan