11/11/2019

Hadapi 'Writer Block'? 5 Cara Ini Dapat Menjana Idea.


Hadapi 'Writer Block'? 5 cara ini dapat menjana idea.

'Writer Block' adalah situasi yang berlaku apabila penulis kebuntuan idea untuk menulis sehinggakan sukar untuk menghasilkan penulisan baru.

Sebagai blogger. kekangan idea untuk menulis artikel akan menyebabkan blog menjadi kurang aktif kerana tiadaan artikel baru. Apabila ianya berlaku dalam tempoh masa lama, pembaca sedia ada mulai tidak kembali ke blog dan akhirnya, jumlah trafik juga akan turut berkurangan [sudah tahap bahaya dah ni !!].

Jadi dalam artikel ini, Bro ingin berkongsi 5 cara untuk menjana idea sewaktu menghadapi 'Writer Block'. Cara ke-4 paling WIN pada pendapat Bro.

Hadapi 'Writer Block'? 5 Cara Ini Dapat Menjana Idea.

1. Tiru IDEA penulis lain.

Kedengaran seperti kurang beretika, bukan? Tetapi jangan salah faham. Bro tidak menyuruh anda untuk 'Copy&Paste' bulat-bulat artikel seperti mana yang anda fikirkan. Maksud Bro adalah menggunapakai 'idea' dalam artikel itu untuk menulis artikel yang baru.

Namun jika anda mengambil informasi daripada artikel itu, sila berikan penghargaan (credit) kepada penulis.

2. Tulis Ulasan (Review)

Idea mudah unutk menulis artikel adalah dengan menulis ulasan (review). Anda bebas memilih topik namun sebaiknya pilihlah topik yang anda punyai pengalaman sendiri. Sebagai contoh,
  • ulasan tentang filem yang pernah anda menonton, 
  • ulasan tentang perkhidmatan yang pernah anda guna, 
  • ulasan tentang lokasi/tempat yang pernah anda kunjungi dan lain-lain.
Jika anda punyai pengalaman sendiri, penulisan anda akan lebih peribadi dan jujur. Dua perkara ini penting kepada pembaca semasa menilai ulasan anda itu. 

3. Membaca

Baca adalah amalan mulia. Dengan membaca, pengetahuan anda akan lebih meluas dengan informasi baru. Dan informasi ini juga sebenarnya boleh digunakan sebagai topik untuk artikel. Andaikan sebuah buku itu mempunyai 20-30 topik yang menarik untuk ditulis, bermakna anda sudah mempunyai 20-30 artikel untuk blog anda. Banyak, kan?

Tetapi anda harus berwaspada, ada buku yang tidak membenarkan kandungan buku itu digunapakai tanpa kebenaran penulis atau syarikat penerbitan. Namun pada Bro, jika menggunakan cara #1, mungkin tiada masalah.


4. Guna 'Content Creation Tools'.

Cara ini paling WIN pada pendapat Bro.

Sebenarnya terdapat banyak website yang menyediakan service 'content creation tools' secara percuma, di mana anda hanya perlu berikan satu atau lebih katakunci (keyword) dan website ini akan menyenaraikan pilihan idea berdasarkan katakunci anda itu. Mudah bukan? Jadi mengapa perlu memerah otak sendiri sedangkan ada tools yang boleh membantu.

Website yang Bro sendiri guna adalah AnswerThePublic. Sila berikan maklumbalas anda jika sudah mencuba website ini.

5. Upah 'Ghost Writer'

Jika anda punyai duit, tidak salah jika anda mengupah 'Ghost Writer' untuk menulis artikel bagi pihak anda. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi memerah otak mencari idea. Semuanya akani menjadi tanggungjawab 'Ghost Writer' itu. Apa yang bagusnya, 'Ghost Writer' akan sebaiknya meniru gaya penulisan anda semasa proses penulisan artikel supaya pembaca tidak tahu bahawa artikel itu ditulis oleh orang lain.

Ohya, Penting juga untuk anda mengupah 'Ghost Writer' yang tahu asas SEO seperti 'On-Page SEO' supaya artikel yang ditulis nanti lebih mesra GOOGLE. Harga upah untuk satu artikel lengkap adalah dalam RM200-RM300. 


Kesimpulannya,

'Writer Block' boleh ditangani berbekalkan minat yang mendalam dalam penulisan. Jadi jangan pernah berhenti menulis.


Yang berkongsi,

KyulNizam
[Ex-Ghost Writer]

Subscribe via Email

Don't Miss Any Updates, Stay Connected!


0 ulasan:

Catat Ulasan