11/07/2019

Asal $100 Menjadi 1 Juta Dalam 3 Bulan. Mustahil ke?


Asal $100 Menjadi 1 Juta Dalam 3 Bulan. Mustahil ke?

Bagaimana jika anda diberikan 100 ringgit untuk memulakan perniagaan dan menjadikan perniagaan itu bernilai 1 juta dalam masa tiga bulan.

Kedengaran agak mustahil, bukan? Tetapi TIDAK pada pendangan jutawan, Glenn Stearns apabila beliau cuba membuktikan ianya bukan mustahil dalam siri televisyen realiti 'Undercover Billionaire'.

Asal 100 menjadi 1 juta dalam 3 Bulan

Dengan hanya berbekalkan $100, sebuah trak dan sebiji telefon bimbit, Glenn Stearns akan menyamarkan dirinya sebagai Glenn Bryant di sebuah pekan kecil bernama Erie di Pennsylvania untuk memulakan perniagaan di sana.

Selepas 3 bulan, jika usahanya gagal atau perniagaannya dinilai kurang 1 juta, Glenn akan melaburkan 1 juta wang miliknya ke dalam perniagaan itu dan turut menghadiahkan saguhati berbentuk wang kepada sesiapa yang membantunya sepanjang tempoh itu.

Sebelum terus ke reviu, Bro mahu berkongsi serba sedikit mengenai Glenn Stearns.

Jutawan (Billionaire) Glenn Stearns merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas syarikat Stearns Lending yang merupakan antara syarikat pemberi pinjaman gadai janji (mortgage lender) terbesar di Amerika.

Glenn dilahirkan pada tahun 1963. Ayahnya seorang tukang cat dan ibunya melakukan 2 kerja iaitu sebagai kerani di kedai runcit dan tukang cuci rumah. Mereka bercerai semasa Glenn berusia 17 tahun.

Sejak kecil, Glenn didiagnosis menghidap disleksia iaitu ketidakmampuan membaca, mengeja dan menulis walaupun berkemampuan melihat dan mengenal huruf. Ini menyebabkan Glenn gagal semasa di gred 4. Dan di usia 14 tahun, Glenn menimbang cahaya mata pertama bersama gadis berusia 17 tahun bernama, Kathy.

Glenn mengasaskan syarikat Stearns Lending pada 1989 di usia 26 tahun. Menjadi CEO sejak itu sehinggalah melepaskan jawatan itu kepada pengantinya pada May 2012.

Reviu


Siri televisyen realiti 'Undercover Billionaire'  hanya ada 8 episod sahaja. Walaupun pendek namun kepada mereka yang berminat dalam perniagaan seperti Bro, siri realiti ini sarat dengan infomasi yang berguna.

Di awal episod, Glenn menghadapi pelbagai halangan terutamanya kekangan wang apabila $100 yang diberikan kepadanya itu perlu juga digunakan untuk makanan, tempat tinggal, ubatan dan lebih penting sebagai modal perniagaannya nanti. Bro kagum melihat Glenn kekal positif dan berusaha untuk mengatasi halangannya itu. Bayangkan dalam 2 minggu saja, $100 meningkat hampir $2000.


Di pertengahan siri pula, Glenn mula mencari peluang perniagaan yang berpotensi dan bernilai 1 juta. Selain itu, Glenn juga mencari individu-individu yang difikirnya layak untuk menyertai pasaukannya dan berusaha mencukupkan modal untuk perniagaannya kelak. Sewaktu dalam kesibukkan itu, Glenn secara tidak sengaja mendedahkan identitinya kepada salah seorang ahli pasukannya. Adakah kesilapan itu akan menjejaskan semuanya?

Sepertimana dinyatakan di awal episod. Hanya ada dua pengakhiran sahaja untuk siri "Undercover Billionire' ini iaitu sama ada Glenn BERJAYA, atau TIDAK BERJAYA. Jadi adakah Glenn akan berjaya menjalankan perniagaan bernilai 1 juta dalam 3 bulan?

Yang tu anda kena tonton baru tahu.

Undercover Billionaire Fake?


Ramai di luar sana menyatakan siri televisyen realiti ini adalah palsu (fake) direka untuk program televisyen sahaja. Terdapat beberapa scene dalam siri ini yang nampak tidak munasabah pada pandangan mereka. Sebagai contoh dalam scene di mana Glenn menjual tayar industri yang dijumpainya terbuang dengan harga tinggi.

Apa pun komen mereka, pada pendapat Bro, ianya tidak penting kerana banyak input yang Bro dapat sepanjang menonton siri ini. Ia juga menjadi inspirasi kepada Bro. Dan InshaAllah, Bro akan tulis satu artikel mengenainya nanti.

Kesimpulannya disini.


Bro amat syorkan 'Undercover Billionaire' kepada mereka yang berminat dalam perniagaan. Banyak input yang boleh digunakan. Bagaimana beliau cuba mengatasi halangan yang wujud sepanjang tempoh itu berdasarkan pengalamannya, pada Bro amat berharga untuk dipelajari.

Kepada mereka yang belum menonton 'Undercover Billionaire' lagi, anda boleh menonton episod penuh di laman Youtube. Jika anda pelanggan Astro, mungkin anda boleh menonton siri televisyen ini di Discovery Channel setiap hari Ahad.


Yang mengulas,
Kyrul Nizam
[Masih berusaha dalam bisnes]

Subscribe via Email

Don't Miss Any Updates, Stay Connected!


0 ulasan:

Catat Ulasan