10/23/2019

Dunia blogging sudah berakhir?


Dunia blogging sudah berakhir?

Sewaktu Bro sedang blogwalking untuk mencari topik untuk ditulis, secara tidak langsung Bro ke blog JustKhai, blog peribadi milik pengasas OhMedia!.

Blog ini secara rasminya ditutup pada tahun 2018 setelah 5 tahun tidak aktif. Namun Bro perasaan terdapat artikel terbaru ditulis pada bulan Mei, tahun ini. Jadi Bro ambil masa untuk membacanya.

Dalam artikel itu, beliau menulis kesedihan mengenai blog rakan-rakannya yang sudah tiada. Ghaib selamanya. Turut dinyatakan, wujudnya media sosial tidak secara langsung membunuh dunia blog. Ramai yang lebih selesa berkongsi hal peribadi di Facebook atau Instagram berbanding menulisnya di blog.

dunia blog sudah berakhir
Sedih apabila mengenangkan perkara yang ditulisnya itu.

Dan ini membuat Bro berfikir, "Adakah dunia blogging sudah berakhir?".

Mungkin ada kebenarannya.

Apa yang Bro lihat sekarang, dunia blogging pada hari ini sudah hilang kegemilangannya, sudah tidak semeriah seperti 10 tahun yang lepas. Ketika itu, banyak blog baru muncul bak "cendawan tumbuh selepas hujan". Ada juga blogger yang mampu menjana income 5-4 angka sebulan hasil blogging dan iklan.

Tapi kini suasana sudah berbeza. Ramai blogger yang Bro kenali sudah tidak lagi aktif. Hanya tinggal beberapa saja yang masih aktif blogging seperti HasrulHassan, Ben Asahari, Putra Nubhan, dan beberapa orang lagi. Kebanyakkan mereka ini adalah blogger sepenuh masa dan dikenali ramai.

Namun untuk menganggapnya 'sudah berakhir' mungkin terlalu awal. Seperti mana putaran roda, tidak selamanya berada di bawah, pasti akan naik kembali ke atas. Bro yakin dunia blog akan kembali kepada kegemilangannya semula pada suatu hari nanti. InshaAllah.


Bagaimana untuk mengembalikan zaman kegemilangan blog? 

Pada pendapat Bro, untuk mengembalikan zaman kegemilangan blog, haruslah diletak di bahu blogger itu sendiri. Tidak kiralah blogger lama atau pun baru.

Terdapat beberapa panduan yang Bro rasa diperlukan oleh setiap blogger. Antaranya;

  1. Hasilkan konten yang berkualiti - Menulis konten berkualiti adalah bagus. Harus diterapkan dalam penulisan setiap blogger supaya dapat menarik pembaca setia. Konten berkualiti juga berpotensi menjadi viral dan menjana trafik yang baik untuk blog.
  2. Sentiasa Motivasi - Motivasi amat diperlukan untuk mengekalkan semangat blogger untuk terus menulis. Konsistensi dalam menulis artikel baru juga dapat melahirkan pembaca setia. dengan adanya ramai pembaca setia bermakna juga trafik blog akan turut naik. Trafik yang tinggi mampu menjana income.
  3. Jana Income A.S.A.P - Tiada yang lebih memberikan motivasi selain duit. Blog yang berjaya adalah blog yang mampu menjana income sendiri. Semakin tinggi income, semakin bermotivasilah blogger untuk menulis konten menarik dan berkualiti.
  4. Berkomuniti - Bolehkah seseorang itu berjaya secara solo? Ya. Boleh saja tetapi jika bergerak secara berkumpulan, peluang untuk berjaya lebih besar dan masa diperlukan lebih cepat. Selain itu, jika timbul apa-apa masalah, blogger boleh merujuk kepada ahli komuniti lain untuk bantuan. Tidak itu, lebih baik?
  5. Bertanggungjawab - Bertanggungjawablah kamu kepada penulisan kamu. Blog boleh menjadi serampang dua mata. Ianya boleh digunakan untuk menyebarkan kebaikan dan jika disalahgunakan boleh menjadi medium untuk menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Disebabkan inilah, ada publik yang memandang rendah terhadap blogger akibat segelintir blogger yang tidak beretika. Janganlah kerana mengejar trafik, sanggup menyebarkan fitnah dan berita palsu. Ingatlah, income dari sumber begitu tidak berkat.
  6. Gunakan Media Sosial - Ya, media sosial adalah punca utama kejatuhan dunia blog. Namun itu tidak bermakna kita perlu menolaknya bulat-bulat. Penggunaan media sosial dalam mempromosikan blog adalah langkah yang bagus kerana media sosial mampu membawa masuk trafik yang tinggi ke blog. Blogger harus arif menggunakan media sosial.
Kesimpulannya.

Sama ada dunia blogging itu sudah berakhir atau tidak, terletak pada blogger itu sendiri. Jika masih ada minat dan aktif menulis blog, maka dunia bloggingnya belum pernah berakhir. Namun pada saat tiada lagi kemahuan untuk menulis di blog maka...

...itulah pengakhirannya.


Salam,
Kyrul Nizam
[Masih mahu digelar blogger.]

Subscribe via Email

Don't Miss Any Updates, Stay Connected!